529 PENYOKONG MORSI DIHUKUM MATI.
Usaha untuk menghancurkan Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin hari ini di Mesir sangat jelas. Mahkamah
di Mesir hari ini menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas
presiden Islamis Mohammed Morsi. Mereka didapati bersalah atas tuduhan
kononnya menyerang dan membunuh anggota polis mengikut laporon BBC.Terdapat 1,200 lagi yang menunggu hukuman. Hampir semuanya adalah ahli Gerakan Ikhwanul Muslimin.
Ikhwanul Muslimin adalah sebuah gerakan Islam
terbesar di masa ini. Seruannya untuk kembali kepada Islam sebagaimana yang
termaktub di dalam Al-Quran dan As-Sunnah serta mengajak kepada
penerapan syariat Islam dalam kehidupan mendapat tentang hebat daripada
golongan Islam yang berfahaman sekular. Kemampuan Ikhwanul Muslimin
membendung arus sekularisasi di dunia Arab dan Islam sangat ditakuti
oleh golongan Islam yang bertopengkan US dan jahiliyyah moden.
Gerakan Ikhwan dimulai di Ismailiyyah kemudian beralih ke Kairo dan
dari Kairo tersebar ke berbagai pelusok dan kota di Mesir. Akhir tahun
40-an, cabang Ikhwan di Mesir sudah mencapai 3000 dan tiap cabang
memiliki anggota yang cukup banyak.
Ikhwan meluas ke negara-negara Arab. Ia berdiri kukuh di Suriah,
Palestina, Yordania, libanon, Iraq, Yaman, termasuk Malaysia dan lain-lain. Kini
anggotanya tersebar di berbagai penjuru dunia dan
menjadikan Ikhwan satu-satunya gerakan Islam terbesar di dunia yang
mampu
menyatukan segala perjuangan dan umat Islam.
Perkara sangat ditakuti oleh musuh Islam sekiranya Ikhwanul Muslimin
mempunyai tampok pemeritahan seperti Mesir.Gerakan
menghancurkan Islam yang juga didalami oleh orang Islam sendiri dan
dunia Arab sesuatu yang sangat mengaibkan.
Sama-sama kita mendoakan agar mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Bersatulah kita umat Islam agar kita terus berjuang demi menjaga agama tercinta kta.
PENERBANGAN MH370 BERAKHIR DILAUTAN HINDI
Misi mencari blackbox yang agak sukar. Penerbangan #MH370 berakhir di Koridor Selatan, Lautan Hindi, Barat Australia. Cabaran mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kini
bertambah rumit dengan jangka hayat bateri kotak hitam itu kini hanya
mempunyai masa lebih kurang dua minggu sahaja lagi untuk dikesan.
Berdasarkan kajian, kedalaman lautan Hindi yang mencecah 4000 meter membuatkan misi mencari menjadi semakin sukar. Lautan Hindi adalah sembilan hingga sepuluh kali ganda daripada ketinggian Menara Berkembar Petronas iaitu 420 meter.
Di sesetengah kawasan kedalamannya mencecah hingga 7000 meter. Kotak hitam itu kini mempunyai masa lebih kurang dua minggu untuk mengeluarkan isyarat sonar. Lautan Hindi merupakan antara lautan yang kuat arusnya selain dasarnya yang kerap berubah. Oleh itu, jika kotak hitam tersebut bergerak atau dilitupi pasir di dasar laut, ia akan merencatkan isyarat yang boleh diberikan.
Selain itu, kekangan teknologi juga antara faktor yang memberi cabaran kepada pasukan mencari & menyelamat meneruskan usaha mereka. Lautan Hindi atau juga dikenali sebagai ‘Lonely Ocean’ amat jarang dikunjungi pedagang untuk belayar di kawasan tersebut. Lautan Hindi dikatakan sebagai lautan yang ganas.
Isunya ialah menggunakan kapal untuk menggunakan teknologi sonar, iaitu tenaga bunyi untuk melakukan pemetaan di dasar laut. Kapal-kapal yang terlibat dengan misi mencari & menyelamat kebanyakkannya hanya boleh melakukan pemetaan pada kedalam 1000 meter sahaja sedangkan kedalaman Lautan Hindi ini lebih dari itu. Tambahan pula, kotak hitam (BlackBox) tidak direka untuk menahan tekanan yang besar dalam lautan dengan kedalaman melebihi 4000 meter.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-mencabarnya-dasar-lautan-hindi-sedalam-10-kali-klcc-32290?cp

Subscribe to:
Posts (Atom)