Berdasarkan kajian, kedalaman lautan Hindi yang mencecah 4000 meter membuatkan misi mencari menjadi semakin sukar. Lautan Hindi adalah sembilan hingga sepuluh kali ganda daripada ketinggian Menara Berkembar Petronas iaitu 420 meter.
Di sesetengah kawasan kedalamannya mencecah hingga 7000 meter. Kotak hitam itu kini mempunyai masa lebih kurang dua minggu untuk mengeluarkan isyarat sonar. Lautan Hindi merupakan antara lautan yang kuat arusnya selain dasarnya yang kerap berubah. Oleh itu, jika kotak hitam tersebut bergerak atau dilitupi pasir di dasar laut, ia akan merencatkan isyarat yang boleh diberikan.
Selain itu, kekangan teknologi juga antara faktor yang memberi cabaran kepada pasukan mencari & menyelamat meneruskan usaha mereka. Lautan Hindi atau juga dikenali sebagai ‘Lonely Ocean’ amat jarang dikunjungi pedagang untuk belayar di kawasan tersebut. Lautan Hindi dikatakan sebagai lautan yang ganas.
Isunya ialah menggunakan kapal untuk menggunakan teknologi sonar, iaitu tenaga bunyi untuk melakukan pemetaan di dasar laut. Kapal-kapal yang terlibat dengan misi mencari & menyelamat kebanyakkannya hanya boleh melakukan pemetaan pada kedalam 1000 meter sahaja sedangkan kedalaman Lautan Hindi ini lebih dari itu. Tambahan pula, kotak hitam (BlackBox) tidak direka untuk menahan tekanan yang besar dalam lautan dengan kedalaman melebihi 4000 meter.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-mencabarnya-dasar-lautan-hindi-sedalam-10-kali-klcc-32290?cp
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-mencabarnya-dasar-lautan-hindi-sedalam-10-kali-klcc-32290?cp
No comments:
Post a Comment