Kemalangan bas Bentong/Raub : Tindakan tegas akan diambil - SPAD

            Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan siasatan terperinci ke atas syarikat bas(Bas Transnasional) yang terlibat dalam kemalangan bus di Bentong pada hari Sabtu.

            Dalam kejadian jam 12.30 pagi itu, 3 penumpang maut dan 65 cedera apabila bas dua tingkat itu terbabas dan terbalik di KM11, Jalan Bentong-Raub ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.Persimpangan jalan itu agak bahaya dengan keadaan jalan bukit berselekoh dan gelap. Kemalangan yang berlaku disini bukan yang pertama kali.

     “Pihak SPAD tidak akan berkompromi dan pasti mengambil tindakan tegas ke atas pengendali sekiranya mereka melanggar syarat - syarat yang termaktub dalam pekeliling serta Akta Pengangkutan Awam Darat 2010,” kata pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan media pada hari Ahad.

Diharapkan pihak berkuasa akan mengambil berat kes ini agak dapat dielakan pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment