Senyum Sebelum Terjun
Seorang wanita maut selepas dilaporkan terjun dari tingkat 6 bangunan Terminal Bas Seremban petang tadi.
Mangsa dalam lingkuan umur 30-an yang sedang mengandung mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Menurut saksi kejadian, Mohd Sofian Roslan, 22, beliau ternampak mangsa yang memanjat tiang penghadang di tingkat 6 parkir terminal berkenaan.
Sofian yang cuba menenangkan mangsa daripada terjun sambil cuba menelefon polis,namun gagal membuat demikian setelah mangsa terus terjun dari lokasi dia dilihat.
Tambah Sofian, mangsa sempat senyum kepadanya sebelum terjun.
MH370 : SERPIHAN DIJUMPAI BUKAN DARI MH370
Semua objek yang dikesan oleh pesawat dan diangkut oleh kapal setakat ini tidak ada kaitan dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang.
Menurut Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada sidang media berhubung MH370 di Hotel Royal Bintang.
Dalam sebuah kenyataan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) hari ini ,
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-dca-nafi-objek-terdampar-di-pantai-australia-ada-kaitan-34545?cp
Menurut kenyataan JACC, pihak Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) sedang mengkaji foto bahan tersebut untuk menentukan sama ada ianya ada kaitan dengan pesawat MH370 atau tidak.
TAYAR DEPAN KAPAL TERBANG MH192 PECAH DIUDARA
DISIMBAH ASID KETIKA PESAN MAKANAN
WANITA MAUT
Awal pagi semalam.Seorang wanita maut akibat melecur di beberapa anggota badan selepas disimbah cecair dipercayai cuka getah oleh seorang lelaki ketika memesan makanan di sebuah restoran di pekan Towering.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Memey Kandusan, 19, bersama dua rakannya berdiri di hadapan tempat memasak sebelum didatangi seorang lelaki bertopi yang tiba-tiba menyimbah sejenis cecair ke arahnya.
Suspek dikatakan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva yang berhenti berhampiran restoran sebelum meluru ke arah mangsa dan terus meninggalkan lokasi sejurus menyimbah cecair itu.
Mangsa kemudian rebah dan menggelupur sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal pada jam 11.20 pagi akibat melecur teruk di dada, bahu, mulut dan kedua-dua mata.

Penumpang Feri Karam
Korea Selatan
Penumpang Feri Sewol yang karam di perairan Korea Selatan awal hari ini menceritakan detik-detik cemas mereka sewaktu berada dalam kapal tersebut.
Salah seorang penumpang mendedahkan bahawa sewaktu kejadian, semua penumpang diarahkan untuk tidak berganjak dan disuruh untuk kembali ke tempat sendiri.Menenagkan agar tidak panik.
“Pihak kru terus menyuruh kami untuk tidak berganjak dan duduk di tempat masing-masing,” seorang mangsa yang terselamat memberitahu saluran berita YTN.
SUMBER
Makan Bayi
LAHORE,PAKISTAN
Polis Pakistan menahan seorang lelaki yang disyaki bersama saudaranya yang memakan bayi baru lahir di mana kepala bayi itu ditemui di rumah mereka.
Farman Ali ditahan sehari selepas polis menahan saudaranya Mohammad Arif berikutan penemuan mengerikan di rumah mereka di sebuah daerah terpencil di wilayah Punjab. Pasangan itu pernah ditangkap pada 2011 atas kesalahan memakan mayat manusia di kampung yang sama dan dipenjarakan selama dua tahun.
Arif telah memberitahu polis bahawa Ali mencuri mayat bayi berusia dua hari dari tanah perkuburan di kampung Darya Khan, kira-kira 300 kilometer selatan Islamabad, sebelum mereka memasak dan memakannya.
Berita penuh
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/suspek-kedua-ditahan-di-pakistan-atas-kes-makan-bayi-33986?cp

Pesawat Airbus A320 berlanggar dengan Airbus A319
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan ekoran perlanggaran antara pesawat Airbus A320, XY-AGT milik Golden Myanmar Airlines dengan pesawat Airbus A319, XY-AGR milik Myanmar Airways International hari ini.
Kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon ini dikatakan terjadi pada awal pagi, menurut komen yang ditulis oleh pengguna laman Twitter yang berada di tempat kejadian.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web Aviation Safety Network, pesawat A320 telah melanggar bahagian kanan belakang pesawat A319.
Sumber
Kemalangan bas Bentong/Raub : Tindakan tegas akan diambil - SPAD
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan siasatan
terperinci ke atas syarikat bas(Bas Transnasional) yang terlibat dalam kemalangan bus di
Bentong pada hari Sabtu.
Dalam kejadian jam 12.30 pagi itu, 3 penumpang maut dan 65 cedera apabila bas dua tingkat itu terbabas dan terbalik di KM11, Jalan Bentong-Raub ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.Persimpangan jalan itu agak bahaya dengan keadaan jalan bukit berselekoh dan gelap. Kemalangan yang berlaku disini bukan yang pertama kali.
“Pihak SPAD tidak akan berkompromi dan pasti mengambil tindakan tegas ke atas pengendali sekiranya mereka melanggar syarat - syarat yang termaktub dalam pekeliling serta Akta Pengangkutan Awam Darat 2010,” kata pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan media pada hari Ahad.
Diharapkan pihak berkuasa akan mengambil berat kes ini agak dapat dielakan pada masa hadapan.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kemalangan-bas-bentong-tindakan-tegas-akan-diambil-spad-33788?cp

TUDM menafikan laporan CNN mengenai penghantaran jet pada 8 Mac
Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) menafikan laporan CNN pada Khamis yang menyebut bahawa
TUDM menghantar jet mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang
hilang pada 8 Mac dan hanya memaklumkan tindakan itu kepada Jabatan
Penerbangan Awam tiga hari kemudian.
Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dalam satu kenyataan berkata: "Dalam kapasiti saya sebagai Panglima TUDM, saya boleh mengesahkan bahawa dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali."

CNN pada Khamis menerusi laman webnya menyebut dengan memetik seorang pegawai kanan Malaysia yang tidak dinamakan sebagai berkata, pesawat TUDM dihantar sebelum data pihak berkuasa menunjukkan pesawat itu berpatah balik ke arah barat.
"Satu sumber yang terlibat dalam siasatan memberitahu CNN, tentera udara bagaimanapun tidak memaklumkan kepada Jabatan Penerbangan Awam atau pun operasi mencari dan menyelamat sehingga selepas tiga hari, pada 11 Mac," tambah laporan terbabit.
Kedatangan panda ke Malaysia ditangguhkan
Kerajaan berkata ketibaan dua ekor Panda China yang telah dirangcang akan tiba pada awal Apri ini terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengumumkan bahawa majlis penerimaan panda tersebut akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan datang.
Ketika dihubungi Timbalan Menterinya, Datuk James Dawos Mamit mengesahkan bahawa kelewatan tersebut disebabkan oleh usaha berterusan dalam mencari pesawat MH370.
Minggu lepas, kerajaan tetap menyatakan bahawa kemarahan rakyat China terhadap kerajaan Malaysia dalam mengendalikan kes kehilangan MH370 tidak memburukkan hubungan antara kedua-dua negara.
Lapan pegawai Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar (Perhilitan) dan empat pakar veterinar telah dihantar bagi menjalani latihan di China untuk menjaga haiwan tersebut di rumah baru mereka disini..
Sammy Vellu letak jawatan sebagai presiden MIC
Samy Vellu akhirnya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya iaitu hampir 31 tahun. Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.
"terus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna, kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya ingin berkongsi kenyataan2 terkenal yang hanya dibuat oleh beliau seorang.
1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Hari ni pos, semalam sampai"
2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini perkara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"
3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”
4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapak punya kah!”
5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"
6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"
7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"
8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (sepatutnya 'saudara-saudari')
9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"
10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"
Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:
"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"
Itu saja setakat ini. Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu !!!

Pelajar UiTM diraba Prof Izzi Hj Ali
Sekiranya dakwaan ini benar, ia merupakan sesuatu perkara yang amat memalukan dan pihak berwajib perlu melakukan siasatan dengan kadar segera. Sekiranya ini fitnah atau sebaliknya, prof Izzi juga perlu tampil untuk menjawab segala dakwaan tersebut.
Respond dari pelbagai pihak
Subscribe to:
Posts (Atom)