Kedatangan panda ke Malaysia ditangguhkan


Kerajaan berkata ketibaan dua ekor Panda China yang telah dirangcang akan tiba pada awal Apri ini terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengumumkan bahawa majlis penerimaan panda tersebut akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan datang.

Ketika dihubungi Timbalan Menterinya, Datuk James Dawos Mamit mengesahkan bahawa kelewatan tersebut disebabkan oleh usaha berterusan dalam mencari pesawat MH370.

Minggu lepas, kerajaan tetap menyatakan bahawa kemarahan rakyat China terhadap kerajaan Malaysia dalam mengendalikan kes kehilangan MH370 tidak memburukkan hubungan antara kedua-dua negara.

Lapan pegawai Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar (Perhilitan) dan empat pakar veterinar telah dihantar bagi menjalani latihan di China untuk menjaga haiwan tersebut di rumah baru mereka disini..

No comments:

Post a Comment