Awal pagi semalam.Seorang wanita maut akibat melecur di beberapa anggota badan selepas disimbah cecair dipercayai cuka getah oleh seorang lelaki ketika memesan makanan di sebuah restoran di pekan Towering.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Memey Kandusan, 19, bersama dua rakannya berdiri di hadapan tempat memasak sebelum didatangi seorang lelaki bertopi yang tiba-tiba menyimbah sejenis cecair ke arahnya.
Suspek dikatakan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva yang berhenti berhampiran restoran sebelum meluru ke arah mangsa dan terus meninggalkan lokasi sejurus menyimbah cecair itu.
Mangsa kemudian rebah dan menggelupur sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal pada jam 11.20 pagi akibat melecur teruk di dada, bahu, mulut dan kedua-dua mata.
No comments:
Post a Comment